background

Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Sunday, 25 March 2012

Karipap Apam lagiii.......

Kali ni mamamimi buat versi lain plak........baru berani nak corakkan kulit dia sbb dah pandai sket kihkih........saya buat warna kuning bercorak coklat, tgh kemaruk buat kuih ni asik buat je la...dah jemu nanti tak buat dah...silap2 oder je kat makcik sedara tu muahahaha......

Taraaa....................




 Kat sini mamamimi sertakan tunjuk cara untuk menghasilkan karipap apam ni.....kepada yg nak mencuba
@ lama mencari baru jumpa boleh la ikut cara saya ni senang je....

Nak resepi lanjut tgk kat N3 sebelum ini ya :) ................

Tujuk cara 1.................



Sementara menunggu adunan naik boleh la kita siapkan intinya......cara buat dia sama mcm inti kuih ketayap cuma kena letak kacang tanah tanpa kulit....saya penah cuba letak kacang yg dah siap goreng tu..( malas punye pasal ) memang x sedap sket rasanya...kurang lemak tak mcm kacang tanah yg kita goreng sendiri huhu...tak leh nak mengilatt tol....

Pehtua nak senang buang kulit kacang...gosok ngan kain/towel dapur yg bersih...hasilnya cepat siap keje den heeee.......

Selepas 1 jam adunan dibiarkan naik sendiri..........

 Tunjuk cara 2 ............




Awas ye...........pastikan jgn terlalu byk yis atau eno...sbbnya klu anda letak banyak maka kuih tersebut akan mempunyai rupa seperti permukaan bulan hehee......., lagi byk dan besar buih dia, akan besar juga la lubang pada permukaan kuih tu nanti huhuhu...nanti kuih anda tak cantikss pulak :).........

Selamat Mencuba.....................


Saturday, 17 March 2012

Kuih Kasui...



 Baru hari ni nak bersenang2 dirumah.....nama je cuti sekolah tapi cam-cam perkara dibuat dan nak kena buat, sakit sume urat dawai ku huhuhu......pagi ni kami bersarapan kuih kasui, sebenarnya mlm tadi mamamimi buat kuih ni dan dah separuh dimkn, pagi ni kami sambung mkn lagi tuk sarapan plak...almaklum la rakyat hamba 3 org je maka kena la mkn bagi perabih smpi pagi ni heeee......

Resepi ni saya pinjam dari resepi.net....balik kg aritu lupa plak nak belajar dr mak..tetiba teringin maka internet le tmpt mencarinya......selalunya saya akan try resepi mat gebu, masam manis,kak ummi n beberapa blog femes lain tapi smlm gatal2 try resepi dr blog lain hasilnya kira boleh la agak terkeras sket kot

Sebenornya kuih mcm ni org tua n org lama memang terer rasanya memang lain mcm sket ye tak..teringat masa potluck dulu ada seorg member bwk satu loyang besar kuih kasui ni sedap sangatttt.....abis cepat plak tu....teringat smpi skrang, camne nak carik rasa yg boleh teringat2 ye... klu ada sesape leh kongsi resepi......

Ni la dia rupa kuih kasui yang wajib diingat tuk dibuat lagi mencari rasa yg terbaik.....plan strategikku
hihihi.....
 Resepi Kuih Kasui
 
Bahan-Bahan:
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 biji gula melaka
sedikit kapur sirih sedikit kicap ( kicap saya tak letak )
daun pandan
½ biji kelapa parut
(ambil putih sahaja)

Cara: 
*didihkan 2 cawan air,masukkan gula pasir, gula melaka dan daun pandan.
*campurkan tepung gandum, tepung ubi.bancuh dengan air hingga tidak berketul.
*masukkan kapur sirih hingga ada bau kapur pada adunan.
*masukkan air gula yang sudah ditapis dan juga sedkit kicap.
*adunan tadi haruslah tidak terlalu cair ( saya tambah 1 cawan air )
*masukkan dalam loyang dan kukus hingga masak

Cadangan Hidangan: 
*siap masak sejukkkan kuih tadi
*kelapa parut di gaul dengan sedikit garam kemudian dimakan dengan kuih tadi ( kelapa parut saya kukus sebentar supaya tak cepat basi





Friday, 9 March 2012

Ratu Jade aka Puteri Ayu

 Hari ini mamamimi rajin sket untuk melaksanakan projek kukus mengukus heee.....resepi ni saya dapat dari seseorang yang sgt rajin dan sedang melibatkan diri dlm perniagaan kecil-kecilannya...mamamimi doakan echa dan rakan berjaya dlm perniagaan ni sampai bila2 yeee...jgn mengalah......
teruskan usaha anda :D

Sebelum ni ada gak saya mengoogle resepi Ratu Jade aka Puteri Ayu ni heee....resepinya sume lebih kurang sama, samada adunannya akan dpt byk ataupun sedikit, mama dan mimi memang sukakan kuih ni sbb tu teringin nak mencuba resepinya........

Sesapa yg suka dgn kuih ni boleh la gunakan resepi dibawah ye....
Lihat la hasil Ratu Jade aka Puteri Ayu daripada mamamimi.......



 Haa....ni la dia Ratu Jade aka Puteri Ayu....hihihi....saje tukar nama Ratu Jade sbb warna dia byk hijau...kelapa dia saje saya warnakan hijau, mencuba sesuatu yg baru kononnya muahahah...:D



RESEPI RATU JADE aka Puteri AYU
By : Echa

Bahan bahan 
 1. Telur 4biji
2. Gula 1cawan
3. Ovalete 1sudu kecil
4. Tepung 2cawan
5. Santan 1cawan
6. 1 sudu kecil baking powder ( saya tambah )

Cara Memasak
1. Pukul telur sampai kembang.
2. Masukkan gula lepas tu pukul lg.
3. Masukkan ovalete.
4. Masukkan tepung.
5. Masukkan santan dgn pewarna. Lepas dah masukkan santan,jgn kacau lama sgt. Sebati kan aje.
6. Lepastu masuk kelapa parut putih (yg dh digaul bersama tepung ubi sikit dgn grm) dlm acuan tekap n   tekan betul2.
7. Last sekali kukus 10min.

 


Sunday, 12 February 2012

Kuih Lopes

Hujung mggu ni masa melepak kat rmh....so boleh la mencuba resepi....rasanya 2 mggu lepas anakku mimi ikut pi rmh kwn ayah dia...dan dihidangkan dgn kuih lopes ni, punye la mimi mkn byk... sian anak mama mcm tak penah mkn heee....maka mama pun mengooggle carik resepi kuih lopes ni....mudah mudahan menjadi, mama pun memang suka kuih ni cuma tak penah buat sendiri....hahh...arini mama cuba buat sendiri ekk.....

Mari kita tgk cubaan membuat kuih lopes.....
 Nyumm....nyummm.....sodapnyaaa


 Resepi ni saya ambik kat My Resepi,mintak izin letak sini ye untuk rujukan di kemudian hari :)

Resepi Kuih Lopes
Bahan - bahannya :
  • 2kg Beras Pulut
  • 1-2biji Abu-chang ( saya guna 1 sudu air kapur )
  • Secukup Air
  • Daun pisang
  • Air Gula Melaka
  • Kelapa Parut
Cara-cara
  1. Cuci Beras Pulut, Lalu rendamkan bersama abu-chang selama 6jam.
  2. Sesudah 6jam, toskan.
  3. Bersihkan Daun Pisang, potong saiz kecil, panaskan diatas api supaya daunnya lembut.
Lipatkan daun seperti bentuk segi-tiga
Kemudian masukkan pulut, padatkan, lalu bungkus ketat hingga menjadi bentuk segi -tiga.
  1. Ulangi hingga mendapat 2-3biji, ikat dgn tali rafia supaya bila merebuskannya, pulut tak terkeluar.
  2. Bila dah habis membungkus. Masukkan kedlm periuk besar, tuangkan air hingga menutupi kuih. Rebuslah selama 4jam.
  3. Bila dah masak, keluarkan dari periuk dan biarkan ianya sejuk.
  4. Balutkan kuih lopes dgn kelapa parut, sajikan bersama air gula Melaka









  5.  Di atas ni rupa Abu Chang
    Abu-chang ada 2 warna. 1-putih yang 1-kuning.
    Selain dari utk buat lopes ianya digunakan utk rendam sotong kering. 
    Utk lopes kalau abu chang tak ada boleh guna air kapur.

 Di bawah ni rupa kuih lopes yg baru di bungkus dengan daun pisang....lom rebus lagi
 
Setelah pulut direndam, toskannya dalam penapis. Ambil daun pisang, bungkuslah seperti gambarajah kat atas tu
Lepas tu, susun lopes yang dah dibungkus kemas, dan ikatkan dengan tali kain. Ikat ketat-ketat supaya tidak terbuka bila direbus nanti. Rebus dalam air selama 30-40 min bergantung kepada jumlah lopes yang dimasak. Jangan lupa bubuh daun pandan supaya baunya wangi..

 Haa....yg ni rupa kuih lopes selepas direbus selama lebih kurang 1 jam...jadik juga kuih lopes ni :)
Susah gak nak membungkus dan mengikat kuih lopes ni....tapi siap gak tugasku, belasah je la asal ketat takut terburai plak


Bila nak makan, buka daun pisang tu, salut dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam. Curahkan sedikit air gula melaka sebelum makan…. Hmm…. sedap tau!!.



chandelier

Moments in Time Moments in Time