background

Sunday 24 June 2012

Rahsia Apam Polkadot Gebusss......

Assalamualaikum.......

 Apam polkadot, dotdot, angrybird, ladybird, strawberi dan ntah apa-apa lagi namanya resepinya tetap sama heeee......

Arini mamamimi nak kongsi sket pasal resepi apam polkadot......mcm2 resepi saya dah try tapi hasilnya tak berapa memuaskan hatiku ini......byk jugak la hasil kejadiannya ku beri kat cik buang huhu....

Tapi ku mencari punca-puncanya hingga la saya bertemu dengan satu resepi ni daripada Majalah Rasa....
Jadi mamamimi nak kongsi pada sapa-sapa yg masih mencari mcm mane nak buat apam anda gebusss...sebelum ni follow resepi org jadi memang menjadi tapi bila apam tu sejuk keras semacm tak gebu so kena la mencuba byk kali sampai bertemu dgn si idaman hati.....akhirnya ku bertemu juga heeee...i like

Untuk harini mamamimi cuba buat Apam Strawberi...tentu la perisa strawberi tapi fillingya mamamimi letak blueberi sbb anak mama si mimi tu amat suka blueberi.....kena ikut la citarasa si buah hati pengarang jantung mama yang satu tu ye.......

                           Letakkan paper cup dlm bekas lompang....yg ini mamamimi guna bekas
                           lompang yg besar

                           Isi separuh adunan dlm paper cup kemudian sedikit filling dan tutup kembali
                           memenuhi paper cup





                           Kemudian puan-puan bolehla menggunakan skill melukis anda ye...lukis
                           daun pastu dotdot kan tuk biji strawberi....senang kan....

                            Tara......selepas 15 minit apam anda menjadi dan boleh la dingapp........

APAM STRAWBERI
 Resepi : Ain Rusli
 Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

Diharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, semoga ianya bermanfaat.


Wednesday 6 June 2012

Mini PavLova Pandan......

Assalamualaikum......

Cuti sekolah ni mamamimi nak tunjuk rajin sket hihi....mamamimi buat Mini PavLova.....
Makan 1 nak lagi dan lagiiiiiii.........

 Dah lama mamamimi asik tgk je resepi ni kat blog2 masakan.....mcm2 dlm kotak fikiran ni nmpk cantik tapi sedap ke hiiii....blum cuba mane nak tau kan....maka hasil mengoogle kesana kemari akhirnya mamamimi memberanikan diri mencuba pavlova

Mula-mula buat tu x sabo nak merasa, bila rasa... mcm pelik sket permukaan keras rapuh tapi kat dlm cam marshmallow lembap gitu...betol ke rasanya camne, bila mengoogle lagi tentang rasanya oooo....betul la sebagaimana yg diceritakan oleh tuanpunya blog yg penah mencubanya heeee.....tapi AWAS kepada yg guna gigi pelesu..kihkih......jaga2 nanti melekat kat gigi susah hahaha.......


 Pehhh.....strawberi nyumm..nyumm....masam beb..memang sesuai sgt la letak kat pavlova ni rasa yg manis tu dpt diseimbangkan dengan kemasamanya, yang pasti Pavlova ni memang sedap sgt.....x rugi mencubanya :)
 Yang ni mimi sibok nak mkn gak.....makan le nak....byk tu, yg ni versi tekak org melayu hihi...perisa pandan, masa first time buat aritu nmpk pucat je n bila mkn rasa telur putih tu x berapa sedap hanyir sket, ye lakan telur putih sesaje....maka kali ni mamamimi cuba letak paste pandan sket dlm adunannya wahhh....lagi sedap gitu.....masa bakar terlebih lama kot sbb tu rapuh cam biskut hahaha.....tapi xpe nak sedapkan hati yg penting sedap

Tapi memang sedap I tell u.......walaupun keras pada mulanya bila dah semalaman simpan dlm bekas kedap udara arini baru pi kedai cari bahan topping dia dan operasi makeupnya bermula pastu simpan sebentar dlm peti ais nak tau apa jadi............. lagi sedap rupanya, dia x rapuh dah tapi lembut gitu emmmm...... memang sedap, boleh jual gitu cuma gula kena kurangkan kot ikut citarasa masing-masing,jgn simpan lama dlm peti ais tau nanti lembik pavlova anda... yesss.....menjadi akhirnya :D

Kat atas ni Pavlova perisa pandan sebelum ku letak topping dia, tekak ni nak sedap je....maka mamamimi letak sket almond sliced kat tgh tu hiii....suka ati je kan ubah resepi org, baru ada makna makan hihi......
Mimi ku makan kosong saje dia ckp sedap makan camtu je, apa-apa je la mimi janji abih :)...




PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor – saya guna ¾ cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila - saya guna paste pandan
1 sudu teh cuka makan

Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula saje dengan kaedah kaup balik.

Letakkan adunan  dalam piping bag kemudian picitkan adunan dalam paper cup
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras – untuk mini pavlova saya rasa 30 minit dah cukup nanti kering sgt plak
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar

Friday 1 June 2012

Red Velvet Muffin....


Assalamualaikum...........

 Cubaan membuat Red Velvet Muffin.....


                     Muffinku berbaju polkadot                                              Muffinku seksi

Taraaa....ni dia hasil cubaan pertamaku membuat Red Velvet Muffin....hihi...rupa dah ada cuma tang rasa dia terlebih koko kot tu pasal nmpk gelap sket n terasa gak pahitnya huhu....tapi takpe akan ku cuba buat sekali lagi sampai puas ati

Tu la dia sebenonya klu buat benda yg remeh temeh ni hati kena senang, rileks dan ikhlas klu idak mcm2 hal yg jadi huhu...tang gambonya pun sama sori la ye klu cam sakit mata melihatnya, ntahlah dah lama bebenor tak masak beria2 n shooting segala mcm dah kelalaen rasanya :) rasa teringin sgt nak bern3 spt biasa ni tapi masayallah....kerja utamaku yg utama satu tu sggh memeningkan kapla, membuatkan ku xde mood nak mencuba masakan baru, dlm kepala mcm teringin ku buat....
Memang aku tabik springg....pada blogger2 yg rajin update,rajin masak, segalanya rajin la, tak mampu I nak follow huhuhu.......

Hasilnya ni la salah satu yg teringin ku cuba, tapi blum pernah ku rasa keaslian Kek Red Velvet yang sebenar, klu sesiapa pernah rasa kek Red Velvet yg paling sedap dlm dunia tinggalkan la komen kat n3 ni ye.....:)

Satu Red Velvet yg boleh saya katakan paling sedap iaitu kat Tutti Frutti... kihkihkih, sori tu forzen yogurt ye tak sama...tak sama...tapi memang sedap :)


Kat sini saya sertakan resepi yg saya gunakan untuk muffin di atas, klu ikut resepi ni sebenonya tuk kek tapi ku belasah buat muffin ( tgk kak ita buat ok je - senang nak mkn ) boleh la dpt lebih kurang 6 -7 biji muffin yg comell...sesuai tuk sesiapa yg pertama kali nak mencuba resepi idak le jenuh nak bagi perabih

Kesimpulannya : 
Resepi ni akan lebih sedap berganding dengan cream cheese, dan letak sebentar dlm peti ais supaya nyaman terasa di tekak anda :)
Kan ku cuba mencari rasa asli kek Red Velvet ni....


RED VELVET CAKE
source : Rima 
copy 1 :  kak Nor
copy 2 : Masam Manis 

1 1/4 cup tepung - saya guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - saya guna 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - saya guna gula kastor
1 biji telur - saya guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - saya guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda ( awas jgn letak byk nanti terasa pahitnya )

Panaskan oven pada suhu 175 C. Bergantug pada oven saya guna 165 C
Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam.
Ketepikan dalam satu mangkuk yg kecil.
Satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. 
Tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.

Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)

Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
dan kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
Gaul kan sempurna dgn spatula.

Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak.
Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak. Bakar selama 1 jam.
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.
Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 


Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula 
*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek. 


 Decoku yg kurang mengancam...hasil kerja tangan bersama mimiku...aktiviti masa cuti :)


Tuesday 15 May 2012

Kek Batik Terpesona....

Assalamualaikum.......



Hari ni mamamimi nak share sket pasal resepi kat atas tu heeee......sebelum ni adalah sorang memberku bawak kek pesona kat tmpt keje, mkn punye mkn emmm.....sedapnya maka mamamimi pun terpesona la dgn rasanya.....maka bercerita la pasal resepinya, pernah tgk kat beberapa blog pasal kek ni tapi mcm x terpesoan plak nak cuba,bila dah rasa hihi....ku telah terpesona dengan rasanya, aku la peminat cheese nyum..nyum..nyum....

Kawanku kata tgk kat blog Ryo ada resepinya....maka aku pun pi la meninjau resepi Ryo tu dan beria-ia la membeli bahan-bahannya......

Maka operasi membuat pun bermula....biskut brand LEE berjaya ku temui heee......mamamimi ni suka sgt ubahsuai resepi tetiba terlebih susu la plak sbb buat separuh adunan kan, agak benggap sket nak mengolahnya, klu buat ikut resepi tu takut x abis plak...sapa la nak bagi perabih kan....masa org bagi aritu segan nak mkn byk so kena try la buat sendiri huhu......

Ni la dia hasil Cheese kek pesona pada asalnya....tapi telah menjadi Kek Batik Terpesona heeee......nape camtu ek.....

Ni citer dia....oleh kerana terlebih susu segar maka cheese tu nmpk cam lembik sket, bila masuk kat peti ais ok la kan keras sket tapi bila smpi suhu bilik huhu....kek ku jadi cair.....

Pastu pi la meronda blog mencari resepi nak repair kekku itu... terjumpa la jeng..jeng..jeng..resepi Kek Batik Coklat Cheese Pesona fuhhh....lega ada harapan kek ku laris hihi....maka operasi seterusnya pun bermula membuat kek batik pulak, oleh kerana cheese kek tu dah siap kan, mamamimi pun letak terus cheese kek tu atas kek batik tadi maka jadi la Kek Batik Terpesona hihihi........

Yang pasti amat sedap dan tetiba mendpt pujian ramai plak ( bagi rasa kat famili maksu,xde sape tau rahsia disebaliknya :D ) hahaha......dan yang pasti lagi akan ku ulangi resepi ni sbb rasa dia ada sesuatu yg istimewa x dpt ku luahkan hihi....mau tak istimewa dgn milo, koko,nestum, susu ku letak sesedap rasa tekakku ini :D

 Kat bawah ni ada resepi dia...mohon share ye tuan pencipta resepi, sungguh bernas idea anda, ku amat menghargainye hihihi.......sesuai tuk sajian pantas dimakan :) klu sesapa berkenan boleh guna resepi kat bwh ni dan olah la smpi jadi ye :)



 Kek Lapis Cheese Persona
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus ( mamamimi guna semua bahan ni 1/2 sahaja)

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.( Saya parut biskut Lee guna penapis atas kek )
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
 
Kek Batik Coklat
    By : Sky Blue Melly Mey

Bahan2 :
      6 biji telur ( ku guna 2 biji je )
      250 gm mentega ( ku guna 100gm je )
      2 cawan tepung gandum ( 1/2 cwn je )
      1 1/2 cawan gula ( ku x letak manis dah)
      1 1/2 cawan milo ( 1 cawan )

      4 bungkus ( 1 cawan ) Nestle nesvita original 3 in 1 n
utritious cereal drink ( ku letak nestum 1 cawan )
      4 sudu makan serbuk koko

      1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( ku letak 1/2 tin )
      Biskut marie secukup kegunaan
      Choc Rice secukupnya

Cara-caranya :

  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo, serbuk koko dan nesvita... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice d atas kek.
  9. Simpan didalam peti ais sebelum dipotong.
  10. Boleh juga dibuat seperti d bawah nie yer...
  11. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi.. ratakan.
  12. Kemudian susun biskut marie d atasnya .. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  13. Taburkan atasnya dengan choc rice... Simpan d dalam peti ais sebelum d potong...
  14. Mamamimi tak ikut sume cara kat atas,saya panaskan mentega,susu dan masukkan sume bahan-bahan sampai pekat kemudia susun berlapis dengan biskut berselang seli bila habis letak cheese kek tadi atas kek batik dan masukkan dalam peti ais lebih kurang 6 jam sebelum dihidangkan.....pasti menjilat jari :D... Selamat Bereksperimen....

Wednesday 2 May 2012

Apam AngryBirds

Assalamualaikum......hari mamamimi kena rajinkan diri membuat apam angrybirds, sbbnya anak daraku yg satu ni melalak pagi tadi nak bwk bekal apam polkadot....adoiii....sabo la nak... sok mama buatkan ye...

Maka hari ni kena gak buat apam tu klu idak balik sekolah nanti dia membebel tak berhenti sakit telinga mak nak...huhu.....tapi xpe arini mama rajin sket, sebenaonya dulu penah gak buat apam polkadot ni tapi cam x lembut bila sejuk jadi keras plak, klu baling ke dinding boleh lantun balik la gitu kihkihkih....sejak tu cam tobat xnak buat dah.......

Tapi arini mama terpaksa menggoogle gak mencari resepi yg cun supaya apam mama cun kejadiannya hihi.....maka mama telah berjumpa dengan satu resepi ni heeee....terlupa plak nama blog dia mintak izin guna resepi ye...mamamimi rasa dlm byk2 resepi ini yg terbaik kot...ni kali ke 3 mencuba resepi apam polkadot yg berbeza

Mari la lihat hasilnya.......


Hehe....apam angrybirds ku dah jadi, rupanya je saya kena baiki lagi supaya lebih kemas dan muka dia tak mcm bulan....mcmane ek nak hilangkan lubang2 angin yg mcm bulan tu, sesapa ada idea...boleh share tak.....huhuhu....

Tapi yg buat saya hepi rasanya yang sedap sgt....lembut dan gebu gitu, lain kali buat boleh guna resepi ni


Angrybird bersedia utk terbang ke mulut hihi.....

Resepi Apam Angrybirds


275 gm tepung gandum ( saya guna 200g tepung superfine dan 75 gram serbuk badam )
220 gm gula halus ( saya guna 180g je )
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian lukis rupa angrybird dengan warna  pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 


 Keratan rentas apam angrybirds dibawah ...nmpk lembut tak? mesti la lembut walaupun dah sejuk tetap lembut yee...tak caya cuba la, tuk apam ni saya guna filling blueberi atas permintaan anak daraku Mimi.....jgn tak bwk pi sekolah udah le, penat mama buat tu.....

Petang tadi, balik je dari sekolah bukan main suka lagi Mimi tgk apam dia dah terhidang diatas meja, hilang penat mama buat apam tu tgk mimi suka sgt......xde la dengar dia merengek memanjang mintak apam polkadot....kompom jemu dah...50 biji tu.....




Tuesday 1 May 2012

Kek Karemel....

Assalamualaikum........lama betul tak berasap dapurku ini hihihi......rasa rindu nak bern3 resepi2 yang ku cuba, tapi beberapa minggu ni mcm tak berkesempatan betul nak beria2 memasak huhuhu.....kebezian yang melampau membuatkanku terasa letih nak mencuba resepi2 baru :(


Dalam kebezian ku sempat gak buat beberapa biji kek karamel untuk kawan-kawan sekerja ku heeee.....terima kasih la ye, klu ada terlebih terkurang mintak halal la ye...... walaupun dah byk kali buat kek ni kekadang ada gak kesilapannya terutama tang telur n susu cairnya.......


Telur klu x fresh mcm2 boleh jadi....nasib baik la kat rmhku ni ada satu pasar borong SEGI, harga dia agak murah dan yg penting setiap hari jumaat mesti telur2 baru masuk kat pasaraya tu....maka klu ada oder, kek ku akan jadi dengan sempurnanya :)




Nie dia kek karemelku.....sebenonya kek ni tuk salah sorang member ku yg oder 2 biji,tapi terpaksa ku bagi sebiji je sbb cam tak berapa jadi plak, masa kat dlm oven aku tgk cam x berapa naik, hati cuak dah, alamak nape plak ni......rasa x confident plak nak bagi dia, siap je masak terus ku potong sbb x sabo nak rasa nape ekk..jadi camtu, bila aku rasa ehh...ok je rasa dia cuma cam x berapa naik kot....aku rasa telur puncanya.....so lain kali xde dah beli kat tempat lain huhu....




 Ramai yg mkn kek ni kata sedapnya pandai akk buat kek hihihi....minta resepi kak, boleh saje tgk kat blog Munirah Baharum @ Masam Manis hihi...kompom boleh buat punye, terimakasih la kepada blogger2 yg tak lokek resepi hanya tuhan yg dpt membalasnya......


Untuk karemel ni ku ubah sket kat karemel dia sbb rasa x nak membazir susunya dan byk permintaan nak karemel lebih sket baru balance ngan keknya, maka puas ku mengoggle resepi karemel akhirnya berjumpa resepi yg menggunakan 1 tin susu cair,3 biji kuning telur dan 2 biji telur maka settle la masalah susu ku xde tersimpan setiap kali buat kek ni heee.....seronoknya....
Dibawah ni hasil kejadian karemelnya yg tebal sket.....


 
KEK KAREMEL
by :
Munirah Baharum 
Ihsan resepi : Masam Manis

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. ( saya guna 9" agak sesuai bila dihidang )
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair ( saya guna 1 tin )
70g gula castor  ( gula 90g )
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur ( tambah 2 biji telur )

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur (sebagaimana diatas)
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor ( kurangkan jadi 60g )
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
 
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor ( saya kurangkan jadi 60g )
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
 
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven tukar pada suhu 160C @ ikut kesesuain oven anda.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


Taraaa....ni la dia hasilnya, seronok klu buat kek jadi kan :)

Tuesday 27 March 2012

Asam Pedas Daging

Assalamualaikum.........sebenonya smlm kami sekeluarga mkn mlm kat luar, pastu lakiku oder la asam pedas tetel Melaka....makan punye mkn mcm sedap plak......makan beli la katakan, maka isinya cam sket plak n mcm x puas mkn walaupun pehh...pedas weiii............


So hari ni mamamimi try la masak asam pedas daging heee....bukan tetel tapi daging lembu, yelakan pasar basah jauh, dah ptg plak tu....tapi ujung minggu entah bila la..... akan mamamimi try gak masak asam pedas tetel ni......sedap tauuu.....


Mari tgk hasil masakan asam pedas daging mamamimi.........


Klu rasa malas nak masak sayur boleh la campur sekali bendi dlm asam pedas tu.. 2 in 1 gitu :)...........


Resepi Asam Pedas Daging Lembu


600 g daging lembu ( dipotong dan dibersihkan)
1/2 cawan air asam jawa pekat
2 -3 tangkai daun kesum
garam secukupnya
gula secukupnya
serbuk perasa


Bahan kisar
20 biji cili kering – di rendam
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang  kecil
4 ulas bawang putih
sedikit belacan – jika suka


Cara penyediaan
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging, kacau seketika dan masukkan 2 cawan air
3. Masak hingga daging empuk.
4. Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
5. Masak lagi hingga kuah sedikit pekat dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan daun kesum.




chandelier

Moments in Time Moments in Time