background

Sunday 12 February 2012

Kuih Lopes

Hujung mggu ni masa melepak kat rmh....so boleh la mencuba resepi....rasanya 2 mggu lepas anakku mimi ikut pi rmh kwn ayah dia...dan dihidangkan dgn kuih lopes ni, punye la mimi mkn byk... sian anak mama mcm tak penah mkn heee....maka mama pun mengooggle carik resepi kuih lopes ni....mudah mudahan menjadi, mama pun memang suka kuih ni cuma tak penah buat sendiri....hahh...arini mama cuba buat sendiri ekk.....

Mari kita tgk cubaan membuat kuih lopes.....
 Nyumm....nyummm.....sodapnyaaa


 Resepi ni saya ambik kat My Resepi,mintak izin letak sini ye untuk rujukan di kemudian hari :)

Resepi Kuih Lopes
Bahan - bahannya :
  • 2kg Beras Pulut
  • 1-2biji Abu-chang ( saya guna 1 sudu air kapur )
  • Secukup Air
  • Daun pisang
  • Air Gula Melaka
  • Kelapa Parut
Cara-cara
  1. Cuci Beras Pulut, Lalu rendamkan bersama abu-chang selama 6jam.
  2. Sesudah 6jam, toskan.
  3. Bersihkan Daun Pisang, potong saiz kecil, panaskan diatas api supaya daunnya lembut.
Lipatkan daun seperti bentuk segi-tiga
Kemudian masukkan pulut, padatkan, lalu bungkus ketat hingga menjadi bentuk segi -tiga.
  1. Ulangi hingga mendapat 2-3biji, ikat dgn tali rafia supaya bila merebuskannya, pulut tak terkeluar.
  2. Bila dah habis membungkus. Masukkan kedlm periuk besar, tuangkan air hingga menutupi kuih. Rebuslah selama 4jam.
  3. Bila dah masak, keluarkan dari periuk dan biarkan ianya sejuk.
  4. Balutkan kuih lopes dgn kelapa parut, sajikan bersama air gula Melaka









  5.  Di atas ni rupa Abu Chang
    Abu-chang ada 2 warna. 1-putih yang 1-kuning.
    Selain dari utk buat lopes ianya digunakan utk rendam sotong kering. 
    Utk lopes kalau abu chang tak ada boleh guna air kapur.

 Di bawah ni rupa kuih lopes yg baru di bungkus dengan daun pisang....lom rebus lagi
 
Setelah pulut direndam, toskannya dalam penapis. Ambil daun pisang, bungkuslah seperti gambarajah kat atas tu
Lepas tu, susun lopes yang dah dibungkus kemas, dan ikatkan dengan tali kain. Ikat ketat-ketat supaya tidak terbuka bila direbus nanti. Rebus dalam air selama 30-40 min bergantung kepada jumlah lopes yang dimasak. Jangan lupa bubuh daun pandan supaya baunya wangi..

 Haa....yg ni rupa kuih lopes selepas direbus selama lebih kurang 1 jam...jadik juga kuih lopes ni :)
Susah gak nak membungkus dan mengikat kuih lopes ni....tapi siap gak tugasku, belasah je la asal ketat takut terburai plak


Bila nak makan, buka daun pisang tu, salut dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam. Curahkan sedikit air gula melaka sebelum makan…. Hmm…. sedap tau!!.



5 comments:

  1. kunjung balas di sini... kueh lopes ni kegemaran akak sejak kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak atas kunjungan :).....saya pun suka kuih ni, tapi baru skrang rajin nak mencuba buat sendiri, klu idak asik tunjuk je le hehehe......

      Delete
  2. Salam saya mohon share resepi nih ye...sedap smlm cuba buat...tapi saya nak tanye laa mcm mane nk kasi kuih tu kaler hijau cantik mcm tu?saya cuba rendam beras tu dengan daun pandan....tp dia taklaa jadi hijau sgt?

    ReplyDelete
  3. Tak tulis pun bila nak taruk pewarna hijau....

    Rasanya kalau nak pakai daun pandan blender 6 helai... dalam air... dan tuang kat beras dan rendam yang selama 6 jam tu...

    ReplyDelete

chandelier

Moments in Time Moments in Time