background

Saturday 24 March 2012

Karipap Apam...

Tak tau nak letak nama apa......tapi tuan yang bagi resepi tu kata 'Apam Sua'...tapi saya letak nama dia kat sini apam karipap sbb rupa dia cam karipap....

Sebenonya saya dah jatuh cinta pandang pertama pada kuih ni.....masa kenduri kat kg raya cina aritu,mak oder kuih ni dari mak saudara yg memang bisnes kuih muih tradisional terutama kuih talam dia eemmm....memang marbeles........

Bila makan kuih ni pertama kali...eehhh....sedapnya, tak penah jumpa pun kat KL kuih baru ke....rupa-rupanya org kg kan ada mcm2 aktiviti kat Kemas salah satunya kuih ini la...bagus gak sekurang-kurang diaorg boleh cari pendapatan sampingan dengan menjual kuih muih ye tak.....



Mula-mula makan kuih ni memang rasa pelik sket dan aku mula menyiasat...sedapnya...kenapa mcm ni ek...mcm mane dia buat...mcm2 persoalan kuar dari kepala ni.......1st time rasa kuih ni tak penah jumpa, sedap...inti daripada kelapa yg dimasak dengan gula pasir dan dicampur dengan kacang tanah.......sekali rasa cam apam balik pun ada cuma rupa dia comeii...cam karipap tapi bau apam..macam mane tuuu......

Rasa nak pi belajar ngan dia... tapi malu plak ialah org bisnes ni kekadang susah nak berkongsi......
Aku suh mak tanya n akhirnya dpt gak tapi secara teori la.. praktikalnya xde......takpe la janji dpt dengar dari mulut dia sendiri pasni try and error la.....

Ok...untuk pengetahuan sesapa yg membaca... kuih ni telah ku cuba sebanyak 4 kali.... heee....sbbnya adunan yg dia bagi 1kg tepung,8 1/2 cawan air tuk 1 peket yis..adoiiii....byk tu....camne ni...paling kuat pun tuk famili aku cuma 1 cawan tepung je

Setelah cuba jayaku dilaksanakan akhirnya dpt lah aku mengolah resepinya menjadi 1 cawan tepung yg bersesuaian dengan familiku dah akhirnya berjaya

Kat bawah ni hasilnya setelah 4 kali cubaaannnn.....: D
Tapi berbaloi.....mimi tukang makan lebihan tepung setelah dikapit ngan acuan karipap tadi....nasib baik ada tukang perabih lebihan tu klu idak sedekah kat cik buang la nmpknya :)



Resepi Karipap Apam

Bahan - bahannya :)

Untuk kulit
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh yis kering ( sudu sukatan tuk masakan )
2 sudu gula pasir
Secubit garam
1/2 sudu teh eno ( peket warna biru )
Beberapa titik warna hijau 

Utk inti 
1/2 biji kelapa parut 
3/4 cawan gula pasir (boleh juga guna gula Melaka ) 
1 helai daun pandan 
Segenggam kacang tanah ( digoreng, buang kulit dan ditumbuk kasar )
Beberapa titik warna pink ( saya letak,yg asal warna putih )


Cara - caranya :)
  1. Untuk inti:  Masukkan kelapa parut dan gula pasir tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula pasir selama 10-15 minit. Inti akan menjadi berkilat dan angkat. Buang daun pandan tadi.Setelah sejuk campurkan dengan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar tadi
  2. Untuk kulit: Satukan 1 cawan tepung,1 cawan air, gula , secubit garam dan 1/2 cawan susu cair ke dalam satu bekas.Kacau dengan whisk hingga larut kesemuanya, masukkan yis dan kacau lagi lagi hingga betul-betul larut. Selepas itu rehatkan adunan tadi selama 1 jam hingga adunan naik. Apabila adunan naik letakkan beberapa titik warna hijau. Selepas itu letakkan 1/2 sudu teh eno ke dalam adunan yang telah naik tadi dan kacau hingga buih pada adunan tadi mengecil.
  3. Panaskan pan non-stick, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan diatas pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus letakkan pada acuan karipap dan masukkan inti
  4. Untuk mengelakkan kulit daripada melekat pada acuan karipap letakkan sedikit minyak pada gigi acuan karipap agar mudah dikeluarkan dan tidak koyak.
  5. Ulangi sehingga adunan habis. Satu adunan puan-puan boleh dapat lebih kurang 20 biji karipap apam yang bersaiz kecil ye.:) selamat mencuba......sedap tau rugi tak cuba.....















10 comments:

  1. wahhh..dah buat ye...inti color2 lagi....nanti nk cuba gak ahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lintot...ko buat 4 cawan tepung la rakyat ko ramai baru cukup heee....

      Delete
  2. salam kenal...
    t.kasih krn bersusah payah mencipta sampai jadi resepi yg telah 13 tahun lebih kak cari.. bila tanya sama org tu kat kampung mmg dia kedekut nak kasi..dia kata buat cam2 tu jer..kak balik buat mmg tak jadi..dia belajar dgn kemas juga la kak ilahrasa
    kak dah print resepi ni nanti kak cuba ya. mmg cantik sekali gmbr yg diambil terbekanaan kak lihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah....13 taun kak,lama dah kuih ni ye,tu la mak ckp gak kuih dulu2 tapi cam xpenah mkn plak,tgk gak kat internet kot2 ada resepi ni,pun xde gak, nasib baik la makcik sedara sendiri sbb tu dia bagi kot tu pun puas gak try n error heee....cuba la kak sedap kuih ni,inti cam kuih ketayap gak

      Delete
  3. mak aiiiii...comei & nmpk mcm dap sgt.... nk try la nanti, tp x tau bile hu3

    ReplyDelete
  4. tkasih jua atas prkongsian resepi ni, spt mimi akak pun mengalami situasi yg sama 1st time makan dh jatuh hati dan dlm hati brkata kalaulah dpt resepi ni kan bagus tapi x dpt puas search kat tenet tak dpt juga dan akhirnya dpt dlm blog Azlita, tkasih tak trhingga buat anda berdua.. dh try buat 1st time mmg sedap sngt, lembut sekali telan x cukup 2-3 kpg.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dpt jgk resipi ni.. dh lama cari sbb aritu mkn sdp sgt. Thanx share resipi ni. Smga allah mmberkati mamamimi

    ReplyDelete
  6. kalau sy x bubuh eno paket biru tu rasanya still boleh jadi x?

    ReplyDelete
  7. terima kasih banyak....mencari gak apa nama kueh ni...1st makan kawan bagi di kk 3 tahun lepas tapi indak tau apa nama kueh ni. syukur dapat resepinya hari ini...mau try ni...terima kasih banyak semoga Allah merahmati segala usahamu geng.

    ReplyDelete

chandelier

Moments in Time Moments in Time