background

Saturday 24 March 2012

Tomyam Ayam...

Makan tengahari ini mamamimi masak tomyam ayam je........menu ni adalah salah satu feveret mama dan mimi, nak masak pun cepat campak2 je jadi yang penting kiub tomyam mesti ada dan telur dadar....mula2 masak tu letak cili api sikit takut mimi tak tahan tapi bila dia rasa dia ckp tak pedas plak, maka mama pun letak 5 biji lagi  haaa....berasap telinga hehee......



Sebenonya mama n mimi ni suka tomyam campur tapi bila teringatkan ceramah seorg ustaz tak lama dulu yang Nabi Muhammad swa tak makan makanan yang bercampur hidupan laut dan darat maka mamamimi pun cuba la tuk mengamalkannya dlm apa jua hidangan.........huhu.....

Antara pembacaan mamamimi untuk menjadi panduan semua.....

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN
BERGANDA.

Camne... boleh tak amalkan heeee.....yg JANGAN kat atas tu mcm penah kita buat kan...insyallah akan ku cuba ingati dan laksanakan segala sunnah dan amalannya.......ianya bukan sahaja untuk kesihatan dan kesejahteraan tapi juga untuk kita mudah mengerjakan segala perintahnya jika badan kita sihat selalukan.......sekarang ni mcm2 penyakit boleh ada takyah tunggu tua maka amalan pemakanan yang sihat perlu kita titik beratkan.......kan..kan..kan.... nasihat tuk diri sendiri heeee......Renung- renungkan dan Selamat Beramal...... :D


Resepi Tomyam Ayam
Bahan - bahannya :)
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 10 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 2 kiub tomyam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara - caranya :)
  1. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  2. Masukkan air ,ayam dan reneh hingga ayam masak. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  3. Masukkan cili padi, kiub tom yam, garam serta perasa.
  4. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  5. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  6. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

Tgk si mimi ni tak sabo nak mkn...blom habih mak dia shooting dia sibuk nak makan yg tu gak...mimi..mimi......nak interframe la tu.....cili api tu anak mama jgn mkn ye.... :D


No comments:

Post a Comment

chandelier

Moments in Time Moments in Time