background

Wednesday, 2 May 2012

Apam AngryBirds

Assalamualaikum......hari mamamimi kena rajinkan diri membuat apam angrybirds, sbbnya anak daraku yg satu ni melalak pagi tadi nak bwk bekal apam polkadot....adoiii....sabo la nak... sok mama buatkan ye...

Maka hari ni kena gak buat apam tu klu idak balik sekolah nanti dia membebel tak berhenti sakit telinga mak nak...huhu.....tapi xpe arini mama rajin sket, sebenaonya dulu penah gak buat apam polkadot ni tapi cam x lembut bila sejuk jadi keras plak, klu baling ke dinding boleh lantun balik la gitu kihkihkih....sejak tu cam tobat xnak buat dah.......

Tapi arini mama terpaksa menggoogle gak mencari resepi yg cun supaya apam mama cun kejadiannya hihi.....maka mama telah berjumpa dengan satu resepi ni heeee....terlupa plak nama blog dia mintak izin guna resepi ye...mamamimi rasa dlm byk2 resepi ini yg terbaik kot...ni kali ke 3 mencuba resepi apam polkadot yg berbeza

Mari la lihat hasilnya.......


Hehe....apam angrybirds ku dah jadi, rupanya je saya kena baiki lagi supaya lebih kemas dan muka dia tak mcm bulan....mcmane ek nak hilangkan lubang2 angin yg mcm bulan tu, sesapa ada idea...boleh share tak.....huhuhu....

Tapi yg buat saya hepi rasanya yang sedap sgt....lembut dan gebu gitu, lain kali buat boleh guna resepi ni


Angrybird bersedia utk terbang ke mulut hihi.....

Resepi Apam Angrybirds


275 gm tepung gandum ( saya guna 200g tepung superfine dan 75 gram serbuk badam )
220 gm gula halus ( saya guna 180g je )
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian lukis rupa angrybird dengan warna  pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 


 Keratan rentas apam angrybirds dibawah ...nmpk lembut tak? mesti la lembut walaupun dah sejuk tetap lembut yee...tak caya cuba la, tuk apam ni saya guna filling blueberi atas permintaan anak daraku Mimi.....jgn tak bwk pi sekolah udah le, penat mama buat tu.....

Petang tadi, balik je dari sekolah bukan main suka lagi Mimi tgk apam dia dah terhidang diatas meja, hilang penat mama buat apam tu tgk mimi suka sgt......xde la dengar dia merengek memanjang mintak apam polkadot....kompom jemu dah...50 biji tu.....




5 comments:

  1. kak...apam angry bird ko...mcm tak angry je...sedih adalah..ha..ha...apa2 pun..tahniah berjaya gak...teruskan usaha lgi..bagi dia angry ye...hi..hi..nak tahu rahsianya tak?...biji mata dia tu..ko bagi rapat sikit..bru nmpk angry...lepas tu nk elak dia berlubang cuba try guna sudu masa masukan adunan...utk deko mata,kening n hidung guna piping beg..ko try la..

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing...plz take a tour like my page http://seleramelayuaeshira.blogspot.com....and http://anekarasaalathai.blogspot.com..tq....

    ReplyDelete
  3. Kalau xsilap, lubang2 tu terjadi kalau kita mix telur n gula xcukup lama. tp kalau lama sgt pun xblh gak. so, blh je guna piping bag utk adunan dan filing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanywr knp sy buat apam lembut mmg lembut tp knp ada luban² udara ywr.. cmner nk vuat spy nmpak cantek

      Delete
  4. Did you hear there is a 12 word phrase you can speak to your partner... that will induce deep feelings of love and impulsive appeal to you deep inside his heart?

    That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, idolize and care for you with all his heart...

    12 Words That Fuel A Man's Love Instinct

    This instinct is so hardwired into a man's genetics that it will make him work better than before to love and admire you.

    As a matter of fact, triggering this influential instinct is absolutely important to getting the best possible relationship with your man that the moment you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You will instantly find him open his mind and soul to you in a way he never expressed before and he will distinguish you as the one and only woman in the galaxy who has ever truly interested him.

    ReplyDelete

chandelier

Moments in Time Moments in Time