background

Sunday 18 December 2011

Laksa Johor Asli

Walaupun saya org johor tapi tak berapa terer bab masak laksa johor ni.....klu laksa penang tu biasa la dan senang sket nak buatnye,yg penting x berlemak n masam.....tapi oleh kerana laki ku suka makan laksa ni terutama yg berspaghetti terpaksa la masak dan makan gak...dah byk kali cari dan mencuba resepi ni akhirnye dpt gak yang menepati citarasa ku walaupun agak remeh mencari bahannye dan remeh gak membuatnya huhu........tapi mimi ku mkn sampai 3 kali ulang hihihi.....sedap la tu.....:D

 Sambal belacan x bubuh takut mimi kepedasan...kuah dia pun dah cukup pedas...nanti satu botol air pun x cukup plak

 Ada org suka buat kuah dia pekat ada yang cair...tapi saya suka yg nmpk cair sket,tapi klu asik perhangat je lama2 jadi pekat gak, klu org johor betoll....aku pong org johor hee.....dia akn mkn guna tgn sbb tu kuah dia kena pekat supaya senang nak mkn ( kami sekeluarga suka yg berkuah nyumm..nyummm....)


Kat sini saya sertakan resepi yang saya dpt dari blog kak Ungku Betty secara x sengaja,dah resepi ni sama mcm resepi yg saya dpt daripada salah seorg kwn (tq.. kak wana), dan resepi ni jugak telah ditokok tambah mengikut citarasa saya, sape rajin boleh la cuba resepi ni.... :)


LAKSA JOHOR ASLI
 Oleh : Kak Ungku Betty, Batu Pahat

Bahan A :

1 kg ikan kembung (direbus & diambil isinya)
500 gram ikan parang / ikan tenggiri (direbus & ambil isinya)
(ambil air rebusan ikan - sebahagian utk mengisar bahan A, sebahagian lagi utk dicampur ke dalam kuah laksa)
500 gram udang basah (direbus dan diambil isinya)
(air rebusan udang: basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dgn 1 mangkuk besar air)
3 keping ikan kurau masin
4 sudu besar udang kering }
direbus bersama udang basah
1 genggam ikan bilis} direbus bersama udang basah

Kesemua Bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi.


Bahagian B :

20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 cm halia
4 cm lengkuas
2 cm kunyit
1/2 keping belacan
9 sb ketumbar
3 sb jintan putih
3 sb jintan manis
1 sb lada sulah ( saya x letak )
2 biji buah keras ( saya tambah sendiri )

1 peket kecil kerisik ( saya tambah sendiri )
Kesemua bahan B di atas dikisar halus.
Bahan C :


1 kepal/genggam asam jawa (anggaran sebesar telur itik) dan 1 cawan air - air asam jawa
(kalau tak mahu guna asam jawa boleh guna asam keping 5-6 keping atau ikut rasa masam masing-masing)
2 biji kelapa parut - diambil santan pekatnya
(boleh gunakan 1 kotak sedang santan kotak)
3 sb gula melaka
1 mangkuk besar air rebusan udang dan air rebusan ikan (ikut kepekatan masing-masing)
ajinomoto, gula, garam secukup rasa
1 paket rempah kari ikan (jika suka)
Minyak secukupnya untuk menumis


Spaghetti :
Direbus dan kalau boleh dicap (dipintal menjadi seperti nombor 8)

Ulam-ulaman laksa :

limau kasturi, taugeh, bawang besar, daun kesum, daun selasih, timun, jeruk chaipo (lobak asin) dan sambal belacan
( campur lada merah hidup, cili kering yang telah direbus, belacan & garam - kisar guna pengisar kering)



Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan Bahan B hingga wangi.
2. Kemudian masukkan Bahan A dan kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dan kacau rata.
4. Didihkan dan masak sehingga molek pekatnya. Kepekatan kuah adalah mengikut citarasa masing-masing.
5. Apabila kuah telah masak, hidangkan bersama spaghetti serta ulam-ulamannya.


Selamat mencuba ye :D




2 comments:

  1. menarik...nanti nak cubala...

    ReplyDelete
  2. Cubala...cubala...kompom sedap, masak dengan penuh kasih sayang....hidang dengan penuh kelembutan... dan makan dengan bismilah...hihi...

    ReplyDelete

chandelier

Moments in Time Moments in Time