Aritu masa balik kg kat Muar, adikku Suzana rajin plak buat karipap rapuh katanye...tapi memang betul rapuh, dah sejuk pun tak la jadi lembik dan lemau, kulitnya pun licin je tak mengerutu....yg paling penting rasanya sedap dan intinya pulak dpd lobak dan ayam,lain sket kan....x sabar rasanya nak mencuba baru hari ni semangat rajinku kembali huhu.... :)
Mari la tgk hasil kerajinan ku :)......Karipap Mini
Ni dia Milo Dinosaur heee.....sibok mimi suh mama buatkan milo dino tuk dia...hah..ambik abiskan jgn tak abis
Sesapa yang berminat nak mencuba, boleh la ikut resepi dibawah ni.....
Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Cara Buat Doh Pastri
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia akan jadi berketul-ketul halus, macam serbuk roti,
Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu
Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Sementara itu boleh buat inti karipap.
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Cara Buat Doh Pastri
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia akan jadi berketul-ketul halus, macam serbuk roti,
Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu
Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Sementara itu boleh buat inti karipap.
Inti Carot Ayam
2 biji lobak
merah
1/2 gengam ikan bilis
1 sudu besar udang kering
2 biji bawang merah
1/2 gengam ikan bilis
1 sudu besar udang kering
2 biji bawang merah
2 biji
bawang putih
Ayam yg dicincang1 sudu lada hitam ( dikisar hlaus )
garam
Sagat kasar lobak merah
Blender udang kering dan ikan bilis,bawang putih dan merah hingga hancur, ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis baharnyang dikisar dan lada hitam hingga garing.
Kemudian masukkan ayam yang dicincang dan tumis hingga masak
Akhir sekali masukkan lobak merah dan sedikit air ke dalam bahan tumisan tadi
Kacau selalu dan biarkan keledek empuk
Sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa
Setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan
Inti karipap daripada campuran carot dan ayam cincang..nak senang beli je ayam/daging kisar Ramly tu
Cuba tgk kelim karipap mini ni cantik tak heee.....lama tak buat karipap tapi skill kelim masih ada....sebenonya kami memang dah didedahkan dgn teknik kelim manual ni sejak kecil lagi...org Johor mesti kena tau cara kelim karipap...masih ingat lagi klu ada kenduri/rewang kat rmh atok berdulang-dulang kami sekeluarga buat karipap smpi kami semua jadi tererr....mengelim karipap
Saya ada 4 org adik beradik perempuan ( 4S ) dan kami semua tau mengelim smpi skarang ni...klu dulu berlumba tgk sape buat kelim paling cantik dan kemas,kami ada seorg makcik dah arwah dah...paling pandai msk kuih tradisional klu mengelim sgt cantik, kemas dan sgt cepat....klu tak cantik kelim dia bising dan betulkan balik...punye la rajin, kekadang kami mengutuk gak sesape yg kelim mcm "rantai bubut" kihkih...klu org Johor tau le rupa rantai bubut tu camne heee....terutama org tua yg merewang....rasa nak ckp... " takpe la tok tak yah buat biar kami je buat" ...sbb tak tahan tgk dia kelim tak cantik heee......pada saya klu buat kuih rupa dan rasa mesti seiring kan, betul tak....
Klu org tua tak bising suruh rewang kelim karipap tentu smpi sekarang kami tak tau kelim secara manual, kemas dan cantik.......sbb tu masa saya buat karipap ni saya biar je mimi buat n main dgn tepung tu supaya nanti dia tau buat kelim tu sama mcm saya buat....dan ingat saya smpi ketua..ni pun satu ilmu yg berguna gak kan
Taraa....hasil karipap mini rewang bersama mimi dipetang sabtu.....
widihhh kren bgt nicchh bisa di coba nichhh
ReplyDeletethank's gan