Pages

Thursday, 29 December 2011

Kerabu Perut

Hari ini saya nak berkongsi resepi Kerabu Perut yang ringkas dan mudah.....sume bahan ada di pasaraya / pasar basah heeee......sebenonye ini resepi Maksu, kami buat masa kenduri anak lelaki dia khatan..dlm sibok2 tu sempat gak saya snap pic kerabu ni muahaha......

Tang perut tu x yah susah payah... kat pasaraya byk dijual mcm di Mydin, dah siap bersih tinggal kita hiris ikut suka pastu rebus sekejap biar lembut dan toskan ( tuk yakinkan kebersihannya )...baru la kita campurkan dengan bahan2 lain yg kita suka...nama pun kerabu maka dia adalah gabungan daripada pelbagai bahan baru la sedapkan....

Oleh kerana kami suka mkn perut tu...maka nmpk perut lebih byk dpd sayur heee.....sedap tu perut,bukan nak alas perut tapi nak kenyangkan perut kihkihkih.....perut...perut

 Kalau suka sayur banyak boleh la tambahkan lagi pucuk paku atau boleh guna taugeh...muai sket murah dan banyak cuma kerabu anda akan cepat basi...:(



Kerabu Perut

500 gm perut lembu (yang telah siap dibersihkan)
1 cawan kelapa dibuat kerisik atau kelapa di sangan sahaja
1 ikat pucuk paku ( dicelur ) taugeh pun boleh
1 biji mangga muda
2 batang bunga kantan
1 biji cili merah
Sedikit cili padi (jika suka)
Sedikit asam jawa
2 Biji limau nipis/lemon ( jika suka )
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Asam limau dan garam secukup rasa
Garam/Gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa 


Cara: 

Bahan A
Perut lembu yg telah bersih direbus dengan sedikit garam dan ditoskan.
Bawang merah, cili merah,bawang besar,cili padi dipotong nipis-nipis. 
Buah mangga dipotong nipis memanjang,bunga kantan diracik halus dan pucuk paku dicelur

Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk besar
Masukkan sedikit air asam jawa / perahan asam limau,kerisik,garam, gula dan perasa
Gaulkan semua sekali hingga rata dan boleh la dihidangkan..senangkan :D
Cuba la...cuba la.....


No comments:

Post a Comment